HADIRMU TAK KUDUGA PERGIMU MENGUKIR SENYUMAN (kaedah penyelesaian masalah)

Sebagai hamba Allah, semua manusia menghadapi pelbagai bentuk masalah dan pelbagai bentuk cara penyelesaiannya. Sifat penyelesaian masalah terbahagi kepada empat iaitu motivasi yang kuat, trait yang positif, jati diri dan membina kemahiran. Dalam mnyelesaikan masalah kita juga perlu mengetahui kategori masalah yang dihadapi. Terdapat 6 jenis masalah iaitu misteri, tugasan(assignment), kesukaran(difficulty), peluang(opportunity),"puzzles" dan dilema. Berdasarkan model penyelesaian masalah secara saintifik dan logik ia menggariskan lapan langkah bagi mnyelesaikan masalah:
  • mendifinisikan masalah 
  • mengkelaskan masalah
  • tentukan objektif 
  • tentukan ukuran kejayaan
  • kutipan data
  • membuat keputusan
  • melaksanakana keputusan yang diambil
  • penilaian


Penyelesaian masalah saintifik pula mengetengahkan beberapa proses empirikal induktif bagi menyelesaikan masalah seperti mengadakan hipotesis, mengumpul maklumat dan membuat kesimpulan. Menyelesaikan masalah secara kretif atau lateral mempunyai ciri-ciri seperti berikut seperti ia tidak bersifat kritikal, tidak bersifat analitikal dan tidak bersifat vertikal. Berlainan pula dengan penyelesaian masalah melalui perasaan yang menggambarkan kepintaran atau pemikiran seseorang bukanlah faktor seseorang itu dapat mengatasi sesebuah situasi malahan menekan ciri sahsiah orang itu. Tidak ketinggalan, penyelesaian masalah menurut Islam pula sangat unik melalui pendekatan hukum dan pendekan sufi. 

Comments

Popular posts from this blog

exam dan ramadhan

SPOT ME!

lugubrious..............